Balik Kampung..
setelah 6 minggu bergelumang kebizian akhirnya aku bercuti...hehehe
tapi yang lemahnya becuti ni.. keje tak jalan.. konon2nya nak study la sangat bawak balik buku etnik segala "whatever"... semangat je lebih...
adoi... skang ni kat kampung aku musim banjir so tiap2 hari hujan.. jadi bangun tido rutin pertama jemur kain...tak pun hari2 berperang dengan cuaca.. kuarkan kain jemuran agak2 nampak cuaca gelap berlari lari ank la aku angkat kain pulak.. so bila malam je kul 11mlm da ngantuk..kuat jogging la katakan hahahha. tapi tak pe kain aku jugak..
Dah bila cuti yang bersisa ni mula la pikir macam2 naik serabut kepala otak aku.
Dah nak balik kampus ni tetiba dapat selsema la pulak.. mak aih... manjee... harap2 cepat la sembuh.
Tugasan Etnik selesai sudah hahahhha
seronok gak walaupun responden kurang .. tapi apa yg ada ni da kira cool la...
Tak sabar nak present palk nak tunjuk kepower ..Bukan apa lagi cepat habis lagi seronok hehheh.
lagi pun kami ada sesuatu untuk Cik yang Comel tu..huhu
eh dalam syok2 up date blog ni telupa sesuatu la plak..
Makan malam..sudah
update blog..sudah
solat isyak ... blom heheh
Chau dulu la nak solat jap sat lagi ngantuk plak..
k mcm biase jgn nakal2...
hehehhe
Thursday, 27 December 2012
Friday, 21 December 2012
kEluaRga ku....
Terutama sekali terasa amatlah bangga dan bersyukur diri ini dilahirkan dalam keluarga ini....
di kelilingi oleh orang2 tersayang... walaupun serba sederhana kami gembira....
Dari keluarga kecil hinggalah kuarga besar.. sebelah abah atau umie.. tiada perbezaan.. kebahagian dan kegembiraan tak terungkap dengan kata2
Dilahirkan dalam kalangan lima puteri seorang putera.... hidup kami biasa2 sahaja namun hasil dari ketegasan umie dan kesabaran Abah dalam mendidik kami Alhamdulillah kami masing2 cuba menapak sendiri walaupun belum lagi berkembang sayapnya namun langkah demi langkah yang kami berenam lalui tidak membeban kan lagi.
Syukur kehadrat ilahi... memberiakan aku ruang dan peluang merasai kehidupan di dunia ini, walaupun kita sedia maklum apa yang kita miliki kini hnyalah pinjaman semata mata.
KELUARGA KU...
Tajuk hari ini heheh... banyak benda dalam keluarga aku yang istimewa... sampai tak tahu nak tilis yang mana dulu. okey bermula dengan adik beradik. Aku yang kelima dari enam. Perempuan bongsu.heheh bongsu la sangat....huhu
keluarga yang sederhana besar atau kata lain boleh tahan besar tak pun agak besar tapi tak la besar dan juga hampir2 besar ermm korang pilih la mana nak pakai hahah aku dah besar anak mata da ni hehe.
biodata:
Abah: seorang pesara kakitangan awam
:seorang yang penyabar,kacak,berkaca mata,penyayang (yg utama)
:Tahap kebimbangan yang amat tnggi(kpd anak2) nak kemana mana abah mesti temankan hahah
: arghh banyak la tak larat nak tulis.....
umie la palk...
Umie: suri rumah, suri dihati abah..dan idola kami adik beradik
:seorang yang tegas, lantang, cantik, ayu, lembut hati(manja) heheh
: Chef paling hebat dan handal dihati aku..(aku je tak tau masak)
: erm.. mmg banyak la kalau nak tulis semua...
(apabila sindrom +virus malas melanda jadi mcm ni lah haha)
kesimpulanya abah + umie = kami semua enam beradik hahah
sekarang 2012 hanya aku dan adik sahaja yang belajar yang lain Alhamdulillah sudah bekerja.. yang soal jodoh pun aku dan adik je x "sold Out " lagi haha berbakti pada abah n umie dulu la....
okey la ni kan da cukup la kot...
kiranya da tahulah kan latar belakang serba sedikit...
kalau nak tahu lagi meh la datang ngorat aku hahah nanti aku ceter heheh(gatai la plak..tidakkkk)
info tambahan bil anak buah... hampir 7orang insyaallah...
hahha siapa suka budak2 boleh la layan diorang... kalau jumpa time raya masyaAllah nak pecah rumah.. punyalah meriah habaq hang...huuhu..
okey penutup bicara...
pen pun da penat belari lari heheh
selamat mlam....
jgn nakal2....

UpDate...21122012
Tengah Hari tadi ada kawan tanya pasal blog aku... dia kata nape tak tulis puisi... erm..kan...
bukan tak nak tulis tapi bila sampai masa nak tulis tetibe tak ada idea so mlas la...
ni kalau ada ni yang lama2 alaa yg koleksi hehehe
kadang kala perasaan ini menyatakan
tiada siapa yang memahami hati ini..
kadang kala aku kesunyian
melayan perasaan....
hiba..pilu..keliru.. sering silih berganti
menyatakan rasa hati ini...
kehidupan ini sesungguhnya
tidak semudah angan...
setiap mimpi dan impian tidak mungkin menjadi realiti
usaha amat perlu dalam kehidupan ini..
ingin jua aku lari..
pergi jauh dari sini..
membawa diri,membawa hati..
namun...
aku sedar
aku harus tempuhi semua ini kerana aku di alam realiti
kepahitan ini,kesedihan ini serta
kepayahan ini
pasti jua akan terbalas...
dengan usaha pasti ada jalanya...
relakan hati
lapangkan dada
belajar untuk terima semua yang terjadi..
belajar lah untuk memaafkan..
belajarlah untuk lebih memahami setiap tindakan..
kerana..
ITULAH KUNCI KEBAHAGIAAN ...
haah... hasil kerja otak yg memerah di bantu tangan yang mencatat...heheh
yang pertama aku siarkan..(segan dan silu plak rasanya)
erm tak salah berkongsikan...
kalau best bagus lah kalau tak best saya mmg tak berbakat heheh.
okeylah da malam ni....nanti ada masa aku cter pasal nama sama...heheeh aku baru 2 orang jumpa nama sama... bangga la weh....heheh okey 'gud nite' jgn nalak2....
Sunday, 16 December 2012
HubunGan Etnik Dan aKu...
Hah.... malam ni terajin la pulak nak berlari-lari si pena ni hehehe....
sambil2 menyelam minum air tak gitu....
Tengah cari maklumat pasal Hubungan Etnik ni so alang2 bukak kite update la blog yang tak seberapa ni heheh (padahal bangga giler ada blog sndri)
Minggu ni dah lima minggu duk sini (Perlis) diam tak diam terjatuh cinta lah pulak kat Perlis ni...
hah.. nama je duk Kuala Perlis tapi xpernah sampai lagi kat Langkawi dengan kawan2. kalau dengan Famili tu tak yah cakap la mmg selalau dah.
Okey berbalik pada Hubungan Etnik ni... aku tengah cari maklumat pasal Komuniti bumiputra di Sabah n Sarawak... so kena siasat la masalah peribadi diorang ahhaha..... tak lah sebenarnya Cik Pensyarah aku tu suruh cari nama2 etnik yang ada kat sabah n sarawak.. tengah cari la ni...
Biasa ah macam tak tahu tabiat baik aku... aku ni mana boleh kalau tak "tersasul" buat kerja lain hahaha
malas sebenarnya eh bukan... tak berapa rajin sebenarnya nak buat ni ,berat je tangan ni tapi memandang kan "topup mark" punya pasal aku buat jugak.. tambah2 Cik Pensyarah tu pulak "Comel Lotel" bak kata orang kampung aku huhu so tak sampai hati nak kecewakan dia heheh perasan + melalut lah pulak...
Dah lah... nak kembali ke pangkal jalan dah ni... laen kali aku merajinkan diri ek.. klau nak citer banyak gak ah citer tapi sape lah aku ni yang korang nak dengar citer tu..ermmm Sedey......
okey bye2... jaga diri jgn nakal2...
#xsabar doh aku nok balik kapong ni weh..#
Friday, 14 December 2012
CeRita CeRita Time rajiNNN...
Lama jugak tak menulis almaklumlah sibuk sikit...eh sibuk banyak... diam tak diam dah masuk semesta 4 dah, maknanya dah dekat dua tahun la kat Perlis Tercinta ni huhu... Banyak kenangan nye... Seronok la jugak Perlis ni walaupun panas... Hah nak tau tak tahun depan aku akan dapat tiga orang anak buah baru yuhuu... eh Alhamdulillah...rezeki kan .. aik aku plak yang seronok lebih2 heheh. Teruja lah katakan hahah. owh cuti semesta ni aku kena pergi Melaka... ada tugasan kat sana... mula2 teruja n seronok ya amat tapi bila dah dekat ni naik gemuruh la pulak hahah....Kak chik punya kereta baru dah sampai heheh nanti boleh lah kita uji pandu ahahha.... tak sabar la nak balik cuti.. cuti ni nak raikan hari jadi ibu tercinta.. tapi tak tahu lagi nak buat apa... Tak pe apa guna ada kakak ramai kalau tak ada rancangan kan hahah.... yang penting BaliKKKKKK huhu...Bila dah lama tak menulis ni jadi macam ni lah... kecelaruan idea hahah.... Nanti ada masa aku menulis lagi eh... nak makan choki2 lu heheh....
Wednesday, 25 January 2012
Hari itu akan Tiba.....
Lagi dua minggu je akan diadakan majlis perkahwinan kakak ku.. huhu
Makna nya Umi dengan Abah dapat menantu lagi lah.
Dan aku akan dapat abang ipar.
Dua minggu lagi weh.... pastu tinggalah aku dengan adik lelaki je yang belum berpunya lagi.
hahah tapi mesti sunyi lepas ni kan. dah nak buat macam mana jodoh kan...
so ne balik cuti aku buat kerja rumah je.. mengecat dan sebagainya.

Tuesday, 10 January 2012
PeRasaan dikala Ini
Ya Allah tak dapat diungkap dengan kata kata perasaan ini betapa syukurnya aku dapat menyambut usia baru yang ke berapa biarlah rahsia hehee...
Malam ni kawan kawan menyambut hari lahir walaupun dikenakan tapi tak mengapalah...
Setidak tidaknya mereka ingat yang aku ada hehehe(ayat sedey)
harapan bila dah masuk 'two series' ne amatlah besar semoga dipermudahkan lah segala urusan amin....
zura,zu,yus,zati,fifa,nisah,wani,fatin dan yang lain lain terima kasih....
akan ku ingat sampai bila bila huhu....
kadang kadang sekelip mata saja barang yang kita miliki tidak lagi ada bersama kita,
jadi dalam kehidupan ini perlukan beringat ingat...
semoga aku menjadi yang beringat ingat itu....

Saturday, 7 January 2012
TaHun BaRu
Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru....
umur pun makin baru hakhak...
fikiran pun kenalah lebih matang tak gitu???
banyak jugak suka duka tahun 2011...
Pendek kata yg lepas tu biarlah lepas....
bak kata pepatah:
yang buruk buang jauh jauh, ambil yang elok buat pedoman..
bukan nak kata yang buruk tu tak elok tapi yang buruk kalau di simpan makin buruk lah..
sentiasalah menghargai orang yang meghargai kita...
kerana itu lebih baik dari kita tak tahu langsung untuk menghargai....
Bila masuk tahun baru,umur baru, orang pun duk sibuk tanya pasal "kawan baru" hahah
aku bukan tak nak mencari tapi aku takut terluka lagi dan aku jugak takut akan melukai lagi. jadi insyaallah "kawan baru" tu ada cuma perlu masa yang sesuai je nak muncul agaknye hehehe... ayat penyedap hati....
Apa2 pun kepada sesiapa yang dah menemui "kawan baru" alhamdulillah....
semoga berbahagia ke akhirnya Aminn....

Subscribe to:
Posts (Atom)